Pemakanan Bokser Jerman

Lihat juga: Makanan anjing

Bokser memerlukan banyak senaman, yang bermaksud bahawa dietnya patut mengandungi kalori berkualiti tinggi. Sumber utama kalori ini mestilah protein haiwan tanpa lemak, yang termasuk ayam, ayam belanda, kambing, dan ikan tanpa lemak.[47] Semasa menjalani diet berkalori tinggi, pemilik patut mengambil kira jumlah hidangan ganjaran yang diberikan kerana ini cenderung menyebabkan obesiti.[4] Pemilik patut mengambil kira nisbah makanan dengan snek yang dimakan oleh bokser berkenaan apabila menentukan bilangan hidangan ganjaran yang boleh diterima.[47] Sesetengah snek sihat termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran mentah.[47]

Bokser juga terdedah kepada masalah gigi, yang meningkatkan kerentanannya terhadap nafas berbau; makanan anjing kering yang besar dan sukar dikunyah meningkatkan kemungkinan penanggalan plak.[48] Plak juga dapat dikeluarkan oleh serat kasar dalam kibble, yang mempunyai struktur boleh lentur yang meningkatkan waktu kunyah.[49] Makanan anjing kering kerap bersalut dengan polifosfat, yang selanjutnya mengurangkan pembentukan plak dengan menghalang penghasilan kalsium di dalam air liur.[48] Pengeluaran bau dari mulut bokser mungkin dapat dikurangkan jika gigi dan rongga mulutnya dikekalkan dalam keadaan sihat.

Rujukan

WikiPedia: Bokser Jerman http://users.pullman.com/lostriver/breeddata.htm https://www.thekennelclub.org.uk/breed-standards/w... http://www.akc.org/dog-breeds/boxer/#standard http://www.akc.org/news/the-most-popular-dog-breed... http://www.akc.org/dog-breeds/boxer/ https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/144g02-e... http://www.worldwideboxer.com/PAGE6.html https://web.archive.org/web/20061004125143/http://... https://web.archive.org/web/20170908134800/http://... https://web.archive.org/web/20060823081942/http://...